Wednesday, June 23, 2010

kenangan manis semasa dulu

Masih aku ingat kenangan itu, ketika aku barsama kakak, adik dan dua orang anak, pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan bagi menyambut majlis harijadi anak sulungku yang ke 5 tahun.
“ada lagi tak nak beli?,”tanya aku.
“dah la, ni pun dah banyak,lagi pun semua yang disenarai dah beli,’’kata kakak.
“Ok la, jom balik,kaki aku dah sakit ni,”adikku bersuara.
“masuk!,”aku menyuruh anak2ku masuk.
Aku menghidupkan enjin,lalu menunggu mereka siap mengisi barang dalam bot belakang(bonet kereta).
Adik aku masuk kerusi depan,
Gum.......,adik aku menutup pintu kereta. Gum..gum..bunyi pintu belakang ditutup,aku pun terus berlalu dari situ.
Dalam perjalanan aku bercakap-cakap dengan adik, kemudian aku bertanyakan kakak untuk mendapat kepastian,tiba-tiba...........
“Mama tak ada........,”jawab anakku
Adik menoleh belakang, memang benar kakakku tak de,
Ha ha ha ha .........kami ketawa berdekah-dekah, rupanya kakakku tertinggal kat parking kereta,seingat aku dia dah masuk, rupanya anak aku yang tutup pintu .
Geli betul hatiku,sudah separuh jalan baru tahu kakakku takde, aku berpatah balik untuk mengambil kakakku.
“Hm....boleh tinggal pulak,”kata kakakku sambil ketawa.
Kami ketawa lagi,rasanyanak pecah perut, geli sangat hati kami.
“Aku baru simpan troli tepi, tengok-tengok kau dah jalan,”jelas kakak
Dalam perjalanan pulang, kami ketawa tak henti-henti.
Kenangan itu tetap mekar di ingatan kami. Bila diingatkan kembali kami akan ketawa berdekah-dekah.
kembali ke; blog utama
Posted by Liza at 8:11 PM 0 comments
Labels: masih aku ingat waktu itu

No comments:

Post a Comment