Wednesday, June 23, 2010

kenangan di air terjun



Pada cuti penggal kedua kami merancang untuk pergi berkhelah di air terjun kota tinggi.Awal-awal lagi kami membuat persiapan untuk ke sana.
“Esok kita bertolak awal sikit,dalam pukul 5.30 pg ,kalau boleh nak sampai sana sebelum jam 7pg, takut orang ramai pulak” abang bersuara.
“Hm........ok, kalau gitu kena tidur awal la malam ni, ha.......kakak...,abang.... pergi tidur, esok nak bangun awal,”aku memberitahu anak-anakku.
Kami bertolak mengikut masa yang di janjikan, kami pergi bersama-sama dengan adik sekeluarga. Kami pergi dengan menaiki sebuah kereta sahaja.
Tiba di sana, kami di kenakan tiket masuk,adikku menghulurkan duit pada penjaga itu, tapi belum sempat penjaga mengambilnya, tiba-tiba abang bergerak ke depan.
“Eh....eh...eh.....”kata adiku sambil menarik tangan dan kepala yang dikeluarkan semasa menghulurkan duit.
Abang cepat-cepat brek kereta.
“Eh..., abang ni,belum bayar lagi la,tengok dah buat lawak pulak, abangkan suka buat lawak,”kataku mengingatkan lawak yang di lakukan sebelum ni.
Kami ketawa berdekah-dekah,geli hati di buatnya.
“ingatkan dah siap, belum rupanya” abang bersuara sambil ketawa.
Pada hari tu kami sungguh seronok dapat berkhelah bersama-sama dengan keluarga.
Posted by Liza at 9:12 PM 0 comments
Labels: berkhelah di air terjun

No comments:

Post a Comment