Wednesday, June 23, 2010

kenangan manis kereta baru



Satu minggu selepas dapat kereta baru,masih aku ingat kenangan itu,
ketika itu kami jalan -jalan naik kereta baru untuk pergi ke carefour ,untuk ke sana kami terpaksa melintasi dua kali lampu isyarat
Satu tempat jalanya rata dan satu lagi jalanya berbukit. Yang pertama ok je
Sampai di lampu isyarat yang ke dua, ketika itu lampu merah. Tiba-tiba abang memberhentikan kereta jauh dari kereta di hadapan kira-kira jarak 3 buah kereta
“La....kenapa berhenti sini........depan lagi la, jauh sangat ni, dengan kereta depan,?” aku bersuara
“Tak ape la......sini je,malas nak kedepan, kan jalan tu tinggi, nanti takut kereta ni mengundur belakang, takut enjin mati,”jawab abang
“la boleh macam tu pulak”
Kami ketawa berdekah-dekah,sampai sakit perut dengan lawak abang,
Rasa malu pun ada dengan orang-orang di situ,itu lah kenangan kami.

kenangan manis semasa dulu

Masih aku ingat kenangan itu, ketika aku barsama kakak, adik dan dua orang anak, pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan bagi menyambut majlis harijadi anak sulungku yang ke 5 tahun.
“ada lagi tak nak beli?,”tanya aku.
“dah la, ni pun dah banyak,lagi pun semua yang disenarai dah beli,’’kata kakak.
“Ok la, jom balik,kaki aku dah sakit ni,”adikku bersuara.
“masuk!,”aku menyuruh anak2ku masuk.
Aku menghidupkan enjin,lalu menunggu mereka siap mengisi barang dalam bot belakang(bonet kereta).
Adik aku masuk kerusi depan,
Gum.......,adik aku menutup pintu kereta. Gum..gum..bunyi pintu belakang ditutup,aku pun terus berlalu dari situ.
Dalam perjalanan aku bercakap-cakap dengan adik, kemudian aku bertanyakan kakak untuk mendapat kepastian,tiba-tiba...........
“Mama tak ada........,”jawab anakku
Adik menoleh belakang, memang benar kakakku tak de,
Ha ha ha ha .........kami ketawa berdekah-dekah, rupanya kakakku tertinggal kat parking kereta,seingat aku dia dah masuk, rupanya anak aku yang tutup pintu .
Geli betul hatiku,sudah separuh jalan baru tahu kakakku takde, aku berpatah balik untuk mengambil kakakku.
“Hm....boleh tinggal pulak,”kata kakakku sambil ketawa.
Kami ketawa lagi,rasanyanak pecah perut, geli sangat hati kami.
“Aku baru simpan troli tepi, tengok-tengok kau dah jalan,”jelas kakak
Dalam perjalanan pulang, kami ketawa tak henti-henti.
Kenangan itu tetap mekar di ingatan kami. Bila diingatkan kembali kami akan ketawa berdekah-dekah.
kembali ke; blog utama
Posted by Liza at 8:11 PM 0 comments
Labels: masih aku ingat waktu itu

kenangan di air terjun



Pada cuti penggal kedua kami merancang untuk pergi berkhelah di air terjun kota tinggi.Awal-awal lagi kami membuat persiapan untuk ke sana.
“Esok kita bertolak awal sikit,dalam pukul 5.30 pg ,kalau boleh nak sampai sana sebelum jam 7pg, takut orang ramai pulak” abang bersuara.
“Hm........ok, kalau gitu kena tidur awal la malam ni, ha.......kakak...,abang.... pergi tidur, esok nak bangun awal,”aku memberitahu anak-anakku.
Kami bertolak mengikut masa yang di janjikan, kami pergi bersama-sama dengan adik sekeluarga. Kami pergi dengan menaiki sebuah kereta sahaja.
Tiba di sana, kami di kenakan tiket masuk,adikku menghulurkan duit pada penjaga itu, tapi belum sempat penjaga mengambilnya, tiba-tiba abang bergerak ke depan.
“Eh....eh...eh.....”kata adiku sambil menarik tangan dan kepala yang dikeluarkan semasa menghulurkan duit.
Abang cepat-cepat brek kereta.
“Eh..., abang ni,belum bayar lagi la,tengok dah buat lawak pulak, abangkan suka buat lawak,”kataku mengingatkan lawak yang di lakukan sebelum ni.
Kami ketawa berdekah-dekah,geli hati di buatnya.
“ingatkan dah siap, belum rupanya” abang bersuara sambil ketawa.
Pada hari tu kami sungguh seronok dapat berkhelah bersama-sama dengan keluarga.
Posted by Liza at 9:12 PM 0 comments
Labels: berkhelah di air terjun